
PENAMPANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Ewon Benedick mengesahkan perbincangan kerjasama politik di antara PH dan GRS masih berlangsung.
Bagaimanapun, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) itu enggan mendedahkan topik perbincangan sama ada melibatkan persetujuan kerjasama atau pun agihan kerusi dengan GRS.
Sebaliknya, wakil rakyat Kedamaian itu berkata, sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan sebaik perkara itu dimuktamadkan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kami sedang berbincang (kerjasama politik PH dan GRS) dan bila muktamad saya akan nyatakan. Saya mahu berbeza daripada yang lain. Saya tidak akan terus jawab sebab perbincangan masih berjalan.
