PRN Melaka: 4 DUN catat lebih 76 peratus keluar mengundi

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 6:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: 4 DUN catat lebih 76 peratus keluar mengundi

PETALING JAYA – Sebanyak empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi melebihi 76 peratus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Berdasarkan data rasmi papan pemuka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi laman sesawang dashboard.spr.gov.my, empat DUN tersebut ialah N.26 Serkam, N.18 Ayer Molek, N.02 Tanjung Bidara dan N.28 Sungai Rambai.

DUN N.26 Serkam muncul sebagai kawasan yang mencatatkan kadar kehadiran pengundi paling tinggi di seluruh negeri iaitu sebanyak 79.75 peratus setakat pukul 6 petang.

Secara keseluruhan, kadar peratusan kehadiran undi biasa bagi PRN Melaka merekodkan angka 70.59 peratus melibatkan seramai 472,387 pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab mereka daripada jumlah keseluruhan 669,211 pemilih berdaftar.

Selain empat DUN yang melepasi paras 76 peratus itu, sebanyak 16 kawasan DUN lain merekodkan kadar keluar mengundi dalam lingkungan 70 hingga 75 peratus.

Antara DUN dalam kelompok tersebut ialah N.21 Duyong, N.03 Ayer Limau, N.27 Merlimau, N.09 Durian Tunggal, N.15 Pengkalan Batu, N.23 Telok Mas, N.14 Kelebang, Pantai Kundor, N.13 Paya Rumput dan N.01 Kuala Linggi.

Tujuh lagi kawasan DUN pula mencatatkan peratusan kehadiran antara 60 hingga 69 peratus, sementara DUN N.22 Bandar Hilir mencatatkan peratusan keluar mengundi paling rendah iaitu sebanyak 57.70 peratus. – KOSMO! ONLINE

The post PRN Melaka: 4 DUN catat lebih 76 peratus keluar mengundi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved