
AYER KEROH – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Pelantikan Ab. Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka itu diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk BN malam tadi.
Menurut Ahmad Zahid, sebelum ini Datuk Seri Mohamad Hasan yang dilantik sebagai pengarah, namun sebagai Menteri Luar, beliau agak sibuk dan kebetulan pula ketika kempen PRN nanti, beliau mempunyai tugasan di luar negara.
“Ini termasuk menghadiri mesyuarat negara Komanwel dan juga tugas mewakili negara bagi mesyuarat serantau, khususnya Sidang Kemuncak ASEAN di Manila dan juga di beberapa negara yang lain.
“Jadi saya mengesahkan dan mesyuarat tadi `endorse’ (memperakukan), tiada orang lain beliau sahaja,” katanya.
Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihan Raya gabungan itu di peringkat nasional termasuk menyelaras persiapan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau turut mengetuai gerak kerja pilihan raya BN ketika PRN Melaka pada 2021 dan PRN Johor pada 2022.
Sementara itu, Ab. Rauf menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya sebagai Pengarah PRN Melaka.
Katanya, beliau bersama barisan kepemimpinan parti sudah pasti menyempurnakan tanggungjawab sebagai mungkin.
The post PRN Melaka: Ab. Rauf ketuai Barisan Nasional appeared first on Kosmo Online.





