SPR tunggu pemakluman rasmi pembubaran DUN Sarawak

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 7:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: SPR tunggu pemakluman rasmi pembubaran DUN Sarawak

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih menunggu pemakluman rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebelum menetapkan tarikh Mesyuarat Khas bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, tarikh mesyuarat berkenaan belum ditetapkan dan akan dimaklumkan kemudian.

“Kami akan menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak sebelum menentukan tarikh-tarikh berkaitan dengan mengambil kira pelbagai faktor bagi memastikan pilihan raya dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

Mengulas mengenai kesiapsiagaan SPR, beliau berkata, persediaan awal merangkumi aspek logistik, bekalan peralatan, latihan petugas pilihan raya serta pengenalpastian lokasi yang sesuai untuk dijadikan pusat mengundi.

“Dari segi logistik, latihan dan petugas-petugas, Insya-Allah kita bersedia,” katanya. – UTUSAN

The post SPR tunggu pemakluman rasmi pembubaran DUN Sarawak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved