PRN Melaka: Adly Zahari dicabar tiga pencabar baharu di Bukit Katil

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 11:14 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Adly Zahari dicabar tiga pencabar baharu di Bukit Katil
PH mempertaruhkan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Adly Zahari (kiri) yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dan Timbalan Menteri Pertahanan.

HANG TUAH JAYA - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan seorang calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Katil, Shaifulfazlee Mohamad di Pusat Penamaan Calon, Dewan Tun Ali MBMB, di sini pada Sabtu.

PH mempertaruhkan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Adly Zahari, 55, yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dan Timbalan Menteri Pertahanan.

Adly yang mempertahankan kerusi Bukit Katil sejak 2018 bakal dicabar calon PN, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, 42, yang mewakili Pas.

Ridzuan merupakan Pegawai Kesihatan Persekitaran selain memegang jawatan Bendahari Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas Malaysia.

Turut menyertai persaingan ialah calon Bersama, Dr Aliza Che Amran, 46, bekas pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Seorang lagi calon yang bertanding ialah calon Bebas, Abu Bakar Sabudin, 65, yang juga seorang kontraktor berasal dari Bukit Katil.

DUN Bukit Katil mempunyai seramai 35,359 pemilih berdaftar yang bakal menentukan wakil rakyat bagi kawasan berkenaan pada PRN kali ini.

Pada PRN Melaka 2021, Adly berjaya mempertahankan kerusi itu selepas memperoleh 6,805 undi dengan majoriti 1,057 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Hasnoor Sidang Husin yang memperoleh 5,748 undi, calon PN, Muhammad Al Afiz Yahya (3,715 undi) dan calon Bebas, Abdul Hamid Mustapah (109 undi).

Keputusan tersebut menyaksikan Adly mengekalkan penguasaan di Bukit Katil dalam persaingan empat penjuru ketika itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved