PRN Melaka: Adly Zahari ketinggalan DUN Bukit Katil

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 7:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: Adly Zahari ketinggalan DUN Bukit Katil

MELAKA – Saingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil menyaksikan kejutan awal apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari dilaporkan ketinggalan jauh di belakang calon Perikatan Nasional (PN) dalam kiraan undi tidak rasmi setakat ini.

Menurut perkongsian Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, calon PN, Ridzuan Sarif kini selesa mendahului saingan selepas berjaya mengumpul sebanyak 462 undi.

Berdasarkan data kiraan undi awal tersebut, Ridzuan sedang mendahului dengan kelebihan majoriti sebanyak 340 undi mengatasi pencabar terdekatnya.

Sementara itu, Adly yang juga merupakan Timbalan Menteri Pertahanan sekadar memperoleh 122 undi setakat ini.

Dua lagi calon yang turut bertanding di kerusi berkenaan masih jauh ketinggalan apabila calon parti Bersama, Dr. Aliza Che Amran hanya meraih 11 undi, manakala calon Bebas pula memperoleh tiga undi.

The post PRN Melaka: Adly Zahari ketinggalan DUN Bukit Katil appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved