Selepas jam 6 petang, 14 November tadi, tamat sudah proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Kini pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang sibuk mengira peti undi yang sekali gus menentukan parti politik yang akan mentadbir negeri berkenaan.
PH terima dengan terbuka, hormat mandat yang telah diberi oleh pengundi
Terbaharu mengikut keputusan tidak rasmi menunjukkan Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi empat daripada 24 kerusi yang ditandingi bagi PRN berkenaan.
Adly Zahari yang merupakan Pengerusi PH Melaka menyifatkan parti gabungan tersebut menerima keputusan itu dengan hati terbuka selain turut menghormati mandat yang sudah diberikan oleh pengundi.
Ujar Adly, empat kerusi yang dimenangi oleh parti gabungan terbabit adalah:
- Kota Laksamana
- Kesidang
- Ayer Keroh
- Bandar Hilir
Terima keputusan PRN Melaka sebagai sebahagian proses demokrasi
“Pakatan Harapan menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat Melaka.
“Kami juga menerima keputusan ini sebagai sebahagian daripada proses demokrasi serta peluang untuk memperkukuh usaha kami pada masa hadapan.
“PH sentiasa percaya bahawa keputusan pilihan raya dipengaruhi oleh pelbagai dinamika, dan sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan pada masa hadapan,” ujarnya, lapor Harian Metro.
Menurut beliau lagi, PH juga akan melakukan bedah siasat atau post-mortem secara keseluruhan untuk menilai prestasi parti gabungan berkenaan.
Perkara ini termasuklah:
- Menifesto pilihan raya
- Strategi kempen
- Pola pengundian
Tambah Adly lagi, hasil dapatan daripada bedah siasat yang dilakukan bakal dibentangkan kepada Majlis Presiden PH bagi penelitian lanjut.
Ujarnya keputusan tidak rasmi setakat jam 9.04 malam ini menunjukkan:
- DUN Kesidang berjaya dipertahankan oleh Allex Seah Shoo Chin yang merupakan calon PH dengan undian 19,781. Ia sekali gus menewaskan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Albert Kok yang meraih undi 10,672 dan calon parti Bersama Malaysia, Dr Bryan Kek dengan undian 1,952.
- DUN Kota Laksamana pula Low Chee Leong yang mewakili PH memperoleh undian sebanyak 14,547 dan menewaskan calon Bersama, Ethan Lim Zhi Hao dengan unidia 5,097, serta calon Barisan Nasional (BN), Melvin Chua sebanyak 1,561 undi.
- DUN Bandar Hilir pula dimenangi oleh calon PH, Leng Chau Yen 9,804 undi dan menewaskan calon BN, Jasmine Lok yang memperoleh 2,033 undi manakala calon Bersama, Ir Dr Rashidi Jalil dengan undi 1,304. Majoriti Leng adalah 7,771 undi.
- DUN Ayer Keroh pula berjaya dipertahankan calon PH, Kerk Chee Yee dengan undian 1,368 dan menewaskan calon PN, Michael Gan yang mendapat 1,021 undi. Majoriti Kerk adalah 347 undi.







