PRN Melaka: Dulu YB Duyong majoriti 200, hari ini pecah rekod 10,067 undi

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 10:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: Dulu YB Duyong majoriti 200, hari ini pecah rekod 10,067 undi

MELAKA – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong melakar sejarah apabila pecah rekod kemenangan dengan majoriti luar biasa sebanyak 10,067 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Perkara itu dikongsikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan keputusan tersebut sebagai kejayaan terbesar berbanding pencapaian pada PRN Melaka ke-15, lima tahun lalu.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem hanya menang dengan majoriti tipis sebanyak 200 undi.

Bagaimanapun, pada PRN Melaka kali ini, Mohd. Noor Helmy berjaya meraih sebanyak 15,064 undi sekali gus mempertahankan kerusi tersebut dengan bergaya.

Beliau jauh meninggalkan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Poo Long Suan yang sekadar memperoleh 4,997 undi.

The post PRN Melaka: Dulu YB Duyong majoriti 200, hari ini pecah rekod 10,067 undi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved