PRN Melaka: Amanah diperuntukkan lapan kerusi

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 6:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Amanah diperuntukkan lapan kerusi
Mohamad (kiri) yang tiba di Kota Bharu dan bersalaman dengan perwakilan yang hadir pada konvensyen. - FOTO: ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) diperuntukkan lapan daripada 28 kerusi yang akan ditandingi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, rundingan akhir mengenai pembahagian kerusi itu masih belum dimuktamadkan dan akan diselesaikan dalam mesyuarat bersama PH.

Menurutnya, kerusi DUN Bukit Katil yang disandang Amanah pula akan dipertahankan pada pilihan raya berkenaan.

“Amanah diperuntukkan lapan kerusi. Cuma belum dimuktamadkan lagi di kerusi mana-mana.

“Kecuali Bukit Katil itu sudah tentu kami mahu pertahankan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen Amanah negeri Kelantan 2026 di sini pada Jumaat.

DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa pada 23 September lalu dan mempunyai 28 kerusi dengan mandat kerajaan negeri ketika ini.

Penamaan calon PRN itu dijadualkan pada 31 Oktober.

Mohamad berkata, pengumuman calon PH bagi PRN Melaka itu pula dijadualkan pada Sabtu ini oleh Pengerusi PH negeri.

Dalam pada itu, beliau mengulas peluang PH di Kelantan, Mohamad turut berharap kemenangan di kerusi Kota Lama dapat menjadi pemangkin kepada gabungan itu untuk meraih lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Jentera parti perlu terus bergerak dengan penuh semangat bagi mencapai kejayaan lebih besar pada PRU16,” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved