Amanah yakin PH mampu menang jika PRN Negeri Sembilan diadakan semula

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 7:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amanah yakin PH mampu menang jika PRN Negeri Sembilan diadakan semula
Mohamad Sabu. Foto: ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) yakin Pakatan Harapan (PH) mampu memenangi pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan sekiranya diadakan semula susulan kemelut politik yang melanda negeri itu.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jika kemelut berlarutan tanpa penyelesaian dalam tempoh tertentu kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar.

“Dah masuk dua bulan setengah tapi kita tak boleh campur urusan Negeri Sembilan.

“Kalau PRN lagi, PH boleh menang tapi kami harap mereka dapat mencari jalan penyelesaian,” katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen Amanah negeri Kelantan 2026 di sini pada Jumaat.

Mohamad berkata, tindakan cuba mengambil alih pemerintahan di tengah penggal boleh mencetuskan ketidakstabilan politik seperti yang berlaku selepas Langkah Sheraton.

“Ambil alih pemerintahan sebegini boleh membawa ketidakstabilan politik.

“Akhirnya rakyat yang akan menerima kesan,” katanya.

Mengulas sama ada pilihan raya semula merupakan penyelesaian terbaik, Mohamad berkata, perkara itu tertakluk kepada Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved