PRN Melaka: Amanah dapat lapan kerusi, kekal bertanding di Bukit Katil

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 6:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Melaka: Amanah dapat lapan kerusi, kekal bertanding di Bukit Katil

KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (Amanah) diberikan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk mempertahankan
Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, penetapanan tujuh lagi kerusi itu masih dalam perbincangan Majlis Presiden parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Katanya, keputusan akhir mengenai pembahagian kerusi akan ditentukan sebelum majlis pengumuman calon pada 24 Oktober ini.

“Jumlah itu Amanah peroleh daripada 28 kerusi keseluruhan yang ada di DUN Melaka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kota Raja itu memberitahu, perbincangan di peringkat kepimpinan PH Melaka sudah selesai dan tidak berdepan isu terlalu rumit.

Katanya, pembahagian kerusi itu akan mengikut model pertandingan gabungan itu belum dimuktamadkan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 14 November depan sebagai tarikh rasmi hari pengundian bagi PRN Melaka ke-16, manakala Hari Penamaan Calon pada 31 Oktober ini.-UTUSAN

The post PRN Melaka: Amanah dapat lapan kerusi, kekal bertanding di Bukit Katil appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved