PRN Melaka: Belum ada apa-apa keputusan – Fahmi

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 11:02 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: Belum ada apa-apa keputusan – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung rakan kerjasama yang akan dipilih bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Pengarah Komunikasinya, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebarang keputusan berkaitan bentuk kerjasama politik perlu dibuat melalui Majlis Presiden PH.

“Setakat ini, belum dimuktamadkan dan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan belum ada apa-apa keputusan yang telah dibuat. Belum lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Wacana Awam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13): Hala Tuju dan Cabaran, di sini hari ini.

Sebelum ini, PH dilaporkan meneliti kemungkinan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Melaka, termasuk soal pembahagian kerusi.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari diberi mandat untuk memperincikan kemungkinan kerjasama berkenaan.

Dalam perkembangan lain, spekulasi turut timbul mengenai kemungkinan PH bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun Fahmi sebelum ini menegaskan belum ada keputusan rasmi mengenai mana-mana rakan kerjasama.

Pada Pilihan Raya Negeri Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PH memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan PRM Melaka ke-16, pada esok bagi membincangkan mengenai tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih dan lain-lain persiapan. – KOSMO! ONLINE

The post PRN Melaka: Belum ada apa-apa keputusan – Fahmi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved