PRN Melaka: DAP cuba rampas tiga kerusi tambahan - Anthony Loke

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 10:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: DAP cuba rampas tiga kerusi tambahan - Anthony Loke
Anthony Loke berucap pada Malam Harapan 2026 di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong. Foto Bernama

MELAKA - DAP fokus mempertahankan empat kerusi disandang parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook.

Menteri Pengangkutan itu berkata, kerusi berkenaan ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, Bandar Hilir, Kesidang dan Ayer Keroh, selain cuba merampas tiga kawasan lain iaitu Duyong, Gadek serta Pengkalan Batu.

"Memang kita tahu ada cabaran yang kuat (di Duyong, Gadek dan Pengkalan Batu) namun begitu, kita akan berusaha untuk memenangi kerusi-kerusi tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Malam Harapan di Dewan Sekolah Tinggi Pay Fong di Jalan Tan Chay Yan di sini malam Khamis.

Program itu dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ditanya mengenai langkah Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka kali ini, Anthony berkata, ia adalah cabaran yang mesti dihadapi oleh PH.

"Jadi, apabila mereka (BN dan PN) tidak bertanding antara satu sama lain dan meminta penyokong masing-masing untuk memberikan sokongan kepada calon mereka, maka ini satu kekuatan yang akan memberikan cabaran kepada kita. 

"Namun begitu, sudah tentu kita tetap berusaha kerana dalam mana-mana pilihan raya, kita mesti mengusahakan yang terbaik supaya mendapat sokongan daripada rakyat," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka ke-16 manakala pengundian awal ditetapkan pada 10 November ini.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved