PRN Melaka: DAP sasar empat kerusi disandang

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 11:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: DAP sasar empat kerusi disandang
Kah Woh berucap pada Majlis Perasmian Bilik Operasi DAP DUN Kota Laksamana di Flat Kota Laksamana malam ini. Foto Bernama

MELAKA - DAP menyasarkan untuk mempertahankan empat kerusi yang disandang parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Ayer Keroh.

Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan DAP, Wong Kah Woh berkata, parti itu turut mengintai peluang untuk merebut tiga lagi kerusi yang diperuntukkan oleh Pakatan Harapan (PH) kepada DAP, iaitu DUN Gadek, Duyong dan Pengkalan Batu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, jentera DAP dari seluruh negara akan digerakkan secara berperingkat bagi membantu kempen tujuh calon parti itu di bawah penyelarasan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong.

"Kami akan cuba sedaya upaya bukan sahaja untuk memenangi empat kerusi yang kami menang pada PRN lepas tetapi pada masa sama, kami hendak menang lebih daripada itu,” katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bilik Operasi Pilihan Raya DAP DUN Kota Laksamana yang turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Lim Hui Ying, Poay Tiong dan calon DAP DUN Kota Laksamana, Low Chee Leong.

Kah Woh berkata, bagi PRN kali ini, DAP akan memastikan kempen yang dijalankan adalah positif dengan memberi tumpuan kepada prestasi serta rekod perkhidmatan calon masing-masing dan bukannya memainkan isu perkauman serta agama.

"Kami juga akan mengetengahkan rekod pentadbiran cemerlang Pakatan Harapan di peringkat negeri dan Persekutuan sebagai antara asas untuk mendapatkan kepercayaan pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian berikutan pengundi di Melaka dilihat semakin matang untuk menilai calon yang mampu mewakili serta membawa kepentingan kawasan masing-masing.

SPR menetapkan esok sebagai hari penamaan calon PRN Melaka, hari pengundian pada 14 November manakala 10 November bagi pengundian awal.

Bagi mendapatkan berita terkini PRN Melaka ke-16, layari https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved