
MELAKA – “Saya mohon kemaafan sebab sidaikan reply”.
Demikian luahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang memohon maaf kerana tidak berupaya membalas satu persatu mesej, komen dan ucapan diterimanya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam.
Menerusi perkongsian di laman Facebooknya Mohd. Noor Helmy berkata, dia menerima terlalu banyak mesej menerusi WhatsApp, ruangan komen, mesej langsung (DM) dan Messenger sehingga tidak mempunyai tenaga untuk membalas kesemuanya.
Menurutnya, meskipun membaca mesej yang diterima, keadaan fizikalnya yang terlalu keletihan menyebabkan dia tidak berdaya untuk memberikan maklum balas kepada setiap individu.
“Saya baca tapi takde tenaga nak reply. Badan saya totally flat. Nak reply satu persatu tak terdaya,” katanya.
Sehubungan itu, beliau memohon maaf kepada semua pihak yang menghubunginya dan berterima kasih atas ucapan serta nasihat yang diberikan.
“Terima kasih atas ucapan dan nasihat yang diberikan pada saya. Saya hargainya,” katanya.
Terdahulu, Mohd. Noor Helmy berjaya mempertahankan kerusi DUN Duyong pada PRN Melaka semalam dengan majoriti besar 10,040 undi.
Beliau memperoleh 15,067 undi, jauh meninggalkan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Poo Long Suan yang meraih 5,027 undi.
Kemenangan itu menyaksikan majoriti Mohd. Noor Helmy meningkat ketara berbanding hanya 200 undi pada PRN Melaka 2021. – KOSMO! ONLINE
The post Saya mohon maaf ‘sidaikan reply’ – Noor Helmy appeared first on Kosmo Online.



![[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Alhamdulillah – Noor Helmy beri bayangan awal kejayaan di Duyong](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/DUN-DUYONG-MELAKA-1024x730.jpeg)
![[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Helmy menang besar di Duyong, majoriti 10,067 undi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/11/14/3710419.webp)
![[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Undian BN di Duyong meningkat daripada 200 kepada 4,470 undi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/11/14/3710353.webp)
![[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Ab. Rauf, Noor Helmy tinggal jauh pesaing](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/Datuk-Seri-Ab-Rauf-Yusoh-dan-Datuk-Mohd-Noor-Helmy-Abdul-Halem-1024x659.jpeg)