PRN Melaka: Kerusi penyandang kekal antara asas rundingan Pas-UMNO

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 2:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Kerusi penyandang kekal antara asas rundingan Pas-UMNO
Image from: PRN Melaka: Kerusi penyandang kekal antara asas rundingan Pas-UMNO
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (dua kiri) hadir pada majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia kali ke 67 hari ini. Foto Bernama

KOTA BHARU – Prinsip mengekalkan kerusi kepada parti penyandang menjadi antara asas rundingan Pas dan UMNO bagi mengelakkan pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu antara asas yang perlu dipertimbangkan sekiranya kedua-dua parti mencapai muafakat dalam rundingan pembahagian kerusi.

“Apabila ada muafakat, ada beberapa yang perlu utamakan iaitu penyandang kekal pada parti pemenang, itu asas termasuk Melaka.

“Ada sesetengah negeri contoh di Terengganu, Kedah, Perlis, UMNO tak ada kerusi penyandang, jadi di negeri-negeri macam ini, saya rasa ada kaedah-kaedah lain yang perlu bincang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis.

Menurutnya, bagi PRN Melaka, Pas mempunyai Jawatankuasa Perundingan yang diberi mandat untuk menentukan perbincangan, manakala UMNO turut menyerahkan urusan rundingan kepada pimpinan di peringkat negeri.

Tuan Ibrahim berkata, ruang rundingan masih terbuka untuk mencari mekanisme terbaik bagi meminimumkan pertembungan antara kedua-dua parti.

“Pentingnya muafakat, kalau semua pihak bersetuju, akan ada jalan.

“Ruang masih panjang dan jawatankuasa ini pun boleh cari mekanisme untuk kita mengelak serta meminimumkan pertembungan itu lebih utama,” katanya.

Untuk rekod, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka pada PRN 2021, manakala Pakatan Harapan memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi menerusi Bersatu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved