PRN Melaka: Loke nafi bantuan RM1K pemandu teksi ‘gula-gula pilihan raya’

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 1:51 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: PRN Melaka: Loke nafi bantuan RM1K pemandu teksi ‘gula-gula pilihan raya’

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan Anthony Loke tampil menyelar tohmahan kononnya pengagihan bantuan khas kewangan RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di negeri ini hari ini dibuat semata-mata untuk “memancing undi” menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Tegas beliau, bantuan itu bukan 'gula-gula pilihan raya' sebaliknya inisiatif menyeluruh yang dinikmati pemandu berdaftar di seluruh negara seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2027 baru-baru ini.

"Saya nak betulkan beberapa kenyataan dekat luar, ada yang tanya mengapa hanya di Melaka? Hakikatnya (pemberian bantuan khas kewangan) ini untuk semua pemandu teksi di seluruh negara, bukan di Melaka sahaja.

"Hari ini, saya (sampaikan bantuan khas kewangan) di Melaka, minggu lepas saya di Negeri Sembilan, minggu depan saya pergi Kedah pula, jadi di setiap negeri seluruh negara, pemandu teksi dan kereta sewa juga akan mendapat bantuan khas ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah di Auditorium Kompleks CMI, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 283 pemandu teksi dan kereta sewa menerima baucar sumbangan bernilai RM1,000 setiap seorang.

Mengulas lanjut, Loke menjelaskan bagi minggu ini sahaja, dianggarkan kira-kira 12,000 pemandu pengangkutan awam terbabit bakal menerima manfaat kewangan berkenaan secara berperingkat bagi meringankan kos sara hidup.

"Yang tidak sempat kita jemput untuk majlis, kita buat pemindahan ataupun bank-in melalui Electronic Fund Transfer (EFT). Bantuan ini tidak mengira tempat, selagi dia ada kad pemandu yang sah dan mereka sahkan kad pemandu itu dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), maka kita akan dapat daftar nama mereka dalam sistem dan akan diberi bantuan RM1,000.

"Bermula hari ini juga, ada lebih 12,000 nama yang akan kita kreditkan (bantuan khas kewangan) dalam akaun bank masing-masing … kita berharap bantuan ini dapat disalurkan secepat mungkin untuk meringankan beban mereka," katanya. - 26 Oktober, 2026

The post PRN Melaka: Loke nafi bantuan RM1K pemandu teksi ‘gula-gula pilihan raya’ appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved