PRN Melaka: Mukhlis Mubin calon paling muda

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 1:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: Mukhlis Mubin calon paling muda
Mukhlis Mubin muncul calon paling muda pada PRN Melak. Foto Facebook Mukhlis Mubin
Image from: PRN Melaka: Mukhlis Mubin calon paling muda
Mukhlis Mubin yang merupakan calon Amanah itu akan berdepan saingan empat penjuru. Foto Facebook Mukhlis Mubin

SHAH ALAM - Mohammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah muncul calon paling muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Graduan Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berusia 24 tahun itu diberi kepercayaan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi.

Lebih dikenali Mukhlis Mubin, calon yang mewakili Parti Amanah Negara (Amanah) itu akan berdepan saingan empat penjuru.

**media[3695106]**

Mukhlis Mubin akan berdepan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Rosli Abdullah dari Barisan Nasional (BN) dan Dr Nur Farhana Hamzah dari Parti Bersama Malaysia (Bersama).

PRN Melaka menyaksikan seramai dua calon berusia antara 18-29 dan 30-39 (14).

Kuala Linggi yang terletak dalam kawasan Parlimen Masjid Tanah mempunyai seramai 15,483 pengundi berdaftar berdasarkan data sehingga 26 Ogos 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved