PRN Melaka: PH sasar menang 18 daripada 24 kerusi ditandingi

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 9:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: PH sasar menang 18 daripada 24 kerusi ditandingi
Adly (kanan) bercakap kepada media pada Program Hi Tea bersama Kelab Media Melaka di sebuah hotel, pada Jumaat. Turut hadir, Adam Adli (kiri). Foto Bernama

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) menyasarkan kemenangan di 18 daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk mempertahankan lima kerusi yang dimenangi sebelum ini.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan penilaian terhadap kekuatan jentera parti, keupayaan calon serta tahap penerimaan rakyat di kawasan yang bakal ditandingi gabungan berkenaan.

"Sasaran kita dari awal ialah 18 kerusi Dewan Undangan Negeri. Jadi, kita tahu bahawa kita ada kemampuan di 18 kerusi ini dengan berusaha untuk mengekalkan lima kerusi yang kita sudah ada," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Minum Petang Bersama Pengamal Media Melaka di Ayer Keroh, di sini pada Jumaat.

Hadir sama Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim.

Penyandang DUN Bukit Katil yang juga Timbalan Menteri Pertahanan itu berkata, daripada 24 calon yang akan bertanding atas tiket PH, 10 calon mewakili PKR, manakala Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP masing-masing tujuh calon.

SPR menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala penamaan calon pada esok dan pengundian awal pada 10 November.

Bagi mendapatkan berita terikini PRN Melaka ke-16, layari https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved