PRN Melaka: PH sasar menang 80 peratus kerusi ditandingi

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 3:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: PH sasar menang 80 peratus kerusi ditandingi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) menyasarkan kemenangan antara 70 hingga 80 peratus daripada kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan berkata, proses pemilihan calon dilakukan secara teliti bagi memastikan calon yang diketengahkan memenuhi kriteria parti.

Beliau berkata, pengumuman calon lebih awal kali ini juga bertujuan memberi ruang kepada jentera parti membuat persiapan lebih rapi menjelang hari penamaan calon.

“Kali ini kita memastikan jentera parti sudah bersedia untuk bergerak. Sebelum ini, calon hanya diumumkan dua atau tiga hari sebelum penamaan calon, tetapi kali ini kita membuat pengumuman lebih awal bagi membolehkan jentera membuat persiapan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Dharma Madani dan Program Harmoni Madani di sini, hari ini.

Mengulas sasaran kemenangan itu, Ramanan berkata, keputusan pilihan raya bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk perubahan sokongan pengundi menjelang hari pengundian.

“Kita mungkin nampak kuat hari ini, tetapi apabila tiba hari pengundian, kita tidak tahu bagaimana keadaannya. Begitu juga jika kita nampak lemah hari ini, keadaan boleh berubah. Ia bergantung kepada gelombang yang berlaku dalam tempoh dua hingga tiga hari terakhir,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan gabungan itu akan bertanding di 21 kerusi pada PRN Melaka, dengan PKR meletakkan calon di sembilan kawasan. – KOSMO! ONLINE

The post PRN Melaka: PH sasar menang 80 peratus kerusi ditandingi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved