PRN Melaka: PH tidak tolak kemungkinan bincang kerjasama dengan BN

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 3:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Melaka: PH tidak tolak kemungkinan bincang kerjasama dengan BN

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan akan mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun perkara itu akan diputuskan selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh pulang dari luar negara, esok.

“Abd Rauf ini sahabat lama saya dan kami selalu berhubung dan beliau kini dalam lawatan rasmi ke New Zealand. Tarikh beliau pulang ke tanah air termasuk delegasi yang ikut serta pun saya tahu.

“Kami sentiasa berhubung dan berbincang pelbagai perkara, selain akan singgah makan asam pedas Mak Leha di rumah beliau, setiap kali saya ke Melaka.

“Oleh kerana PRN Melaka sudah hampir, kemungkinan kita akan bincang juga tajuk berkenaan. Kemungkinanlah,” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini hari ini. – UTUSAN

The post PRN Melaka: PH tidak tolak kemungkinan bincang kerjasama dengan BN appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved