PRN Melaka: Polis buka 18 kertas siasatan antaranya kes khianat, gaduh

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 10:43 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PRN Melaka: Polis buka 18 kertas siasatan antaranya kes khianat, gaduh

MELAKA, 10 NOV: Sebanyak 19 laporan polis diterima melibatkan beberapa kesalahan antaranya khianat, khianat menggunakan api dan pergaduhan dalam tempoh 11 hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, bermula 31 Okt lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata dalam tempoh itu juga sebanyak 18 kertas siasatan telah dibuka namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.

"Kebanyakan kertas siasatan tersebut0 dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan kianat dan Seksyen 435 KK iaitu khianat dengan api melibatkan tindakan membakar bendera.

"Selain itu, terdapat juga kesalahan hasutan dan ugutan. Setakat ini tangkapan dibuat namun proses siasatan masih berjalan seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas menunaikan tanggungawab sebagai pengundi awal di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka di Bukit Beruang di sini hari ini.

Mengulas mengenai persiapan hari mengundi, pihaknya telah mengerahkan seramai 3,332 anggota yang akan memantau dan memelihara aspek keselamatan.

“Ini termasuklah persiapan pasukan Cantas bagi mendepani sebarang unsur kekecohan dan pihak yang cuba melanggar undang-undang.

"Untuk 14 hari bulan, penyokong parti kita minta supaya menjaga tingkah laku dan adab. Kita ada undang-undang. Jangan ada paksaan dan ugutan dan sebagainya. Undilah dalam keadaan aman," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved