PRN Melaka: Ribut petir diramal petang, pengundi disaran keluar awal

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 2:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PRN Melaka: Ribut petir diramal petang, pengundi disaran keluar awal

SHAH ALAM, 12 NOV: Pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini dinasihatkan keluar mengundi lebih awal susulan ramalan ribut petir di seluruh negeri pada sebelah petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi ramalan cuaca khas hari mengundi memaklumkan keadaan cuaca di tiga daerah iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah dijangka mendung pada sebelah pagi sebelum ribut petir melanda pada sebelah petang.

Menurut ramalan yang dikemas kini pada 11 November, ketiga-tiga daerah berkenaan dijangka mencatatkan suhu antara 24 hingga 33 darjah Celsius.

Keadaan cuaca pada sebelah malam pula diramalkan tidak hujan di semua daerah terbabit.

Image from: PRN Melaka: Ribut petir diramal petang, pengundi disaran keluar awal

Sehubungan itu, pengundi disaran merancang perjalanan ke pusat mengundi lebih awal bagi mengelakkan gangguan akibat cuaca buruk.

Pengundi juga dinasihatkan membawa payung, mematuhi arahan keselamatan di pusat mengundi serta sentiasa mengikuti perkembangan ramalan cuaca terkini.

Maklumat cuaca boleh diperoleh menerusi laman sesawang rasmi MetMalaysia dan aplikasi myCuaca.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka ke-16, membabitkan 687,697 pemilih berdaftar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved