PRN Melaka: 'Satu Jumaat lagi? Bila saya panggil, media datanglah' - Ab Rauf

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 11:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: 'Satu Jumaat lagi? Bila saya panggil, media datanglah' - Ab Rauf
Ab Rauf - Foto SINAR HARIAN/NORAFIZA JAAFAR
Image from: PRN Melaka: 'Satu Jumaat lagi? Bila saya panggil, media datanglah' - Ab Rauf
Ab Rauf (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima cilik. Foto SINAR HARIAN/NORAFIZA JAAFAR

ALOR GAJAH – “Satu Jumaat lagi? Saya akan panggil, bila saya panggil media nanti datanglah.”

Demikian kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika ditanya tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ab Rauf tidak mengesahkan pembubaran DUN akan diumumkan pada minggu depan, sebaliknya berkata, tarikh berkenaan masih belum ditentukan.

“Semua orang tertanya-tanya bilakah DUN akan dibubarkan.

“Ia bukan lagi satu perkara yang menjadi rahsia, cuma menunggu masa. Masa itu saya belum dapat lagi bila,” katanya ditemui pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Warga Emas, OKU dan Kanak-Kanak peringkat Melaka di Masjid Tanah di sini pada Khamis.

**media[3649970]**

Katanya, penggunaan istilah ‘Jumaat ke Jumaat’ itu tidak bermaksud tarikh pembubaran DUN, sebaliknya sebagai indikator bagi menyelesaikan urusan pentadbiran negeri sebelum PRN.

“Saya memberikan indikator dari Jumaat ke Jumaat kerana dalam tempoh itu kita ada banyak lagi perkara yang perlu selesaikan untuk mentadbir urus Negeri Melaka.

“Insya-ALLAH, pastinya PRN Melaka tetap diadakan dalam tempoh yang terdekat. Jadi saya akan panggil, bila saya panggil media itu datanglah,” katanya.

Sebelum ini, ketika ditanya mengenai tarikh PRN Melaka, Ab Rauf memaklumkan berbaki ‘empat kali Jumaat’ kepada ‘dua kali Jumaat’.

Sementara itu, pada Selasa lalu, tersebar dakwaan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam telah menandatangani dokumen pembubaran DUN Melaka bersama Ab Rauf bertempat di Bilik Tamu, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MITC, Ayer Keroh.

Bagaimanapun, Pejabat Ketua Menteri Melaka menafikan dakwaan berkenaan dan tidak sahih.

Ketua Komunikasi Media Pejabat Ketua Menteri Melaka, Nor Hafizah Mohd Sati berkata, setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan mengenai sebarang perjumpaan seperti yang didakwa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved