PRN Melaka: Tun Faisal beri bayangan Bersatu tidak akan bergerak solo

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 4:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bersatu mengesahkan parti itu tidak akan bergerak secara bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung, sebaliknya akan bekerjasama dengan parti politik lain.

Image from: PRN Melaka: Tun Faisal beri bayangan Bersatu tidak akan bergerak solo

Memetik laporan Free Malaysia Today, Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, perbincangan mengenai kerjasama berkenaan kini sedang berlangsung di peringkat pusat dan negeri, termasuk bagi menentukan bentuk kerjasama yang akan dibawa pada PRN Melaka.

“Bersatu tidak akan bertanding secara solo pada PRN Melaka,” katanya.

Menurut beliau, pendirian tersebut selari dengan kenyataan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebelum ini bahawa parti itu akan bergerak bersama parti lain atau gabungan politik yang sedia ada.

“Seperti dinyatakan presiden Bersatu (Muhyiddin Yassin), parti ini akan bersama parti-parti lain atau parti gabungan yang ada.
“Setakat ini, proses perbincangan masih berjalan di negeri-negeri dan peringkat pusat, termasuk di Melaka,” katanya.

Tun Faisal berkata, rundingan berhubung kerjasama politik itu masih terbuka dan setakat ini tiada sebarang tarikh akhir ditetapkan untuk proses tersebut.

PRN Melaka perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 23 September lalu.

Artikel lain: Tun Faisal cadang PAS bina identiti sendiri, tak perlu tumpang logo parti lain

Sementara itu, pada 19 September lalu, Muhyiddin dilaporkan mengesahkan Bersatu telah mengadakan pertemuan dengan beberapa parti politik bagi membincangkan usaha membentuk ‘jajaran politik baharu’ sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Sumber: Free Malaysia Today

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved