Ab. Rauf masih tunggu panggilan rundingan PRN Melaka

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 5:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ab. Rauf masih tunggu panggilan rundingan PRN Melaka

MELAKA – Rundingan kerjasama politik Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka bermula pada bila-bila masa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, beliau kini hanya menunggu panggilan daripada pucuk pimpinan parti, namun setakat ini belum ada sebarang rundingan rasmi dilakukan dengan mana-mana parti politik.

Ab. Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka bagaimanapun berkata, proses itu pasti berlaku dalam tempoh terdekat selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa semalam.

“Mengenai rundingan, apabila nanti saya menerima panggilan daripada WTC (Pusat Dagangan Dunia) pasti ada, tak usah tanya, minggu depan ke, mungkin esok, mungkin malam ini, saya tak tahu.

“Rundingan tetap pasti mesti ada dalam tempoh ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2026 di Banda Hilir di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ab. Rauf berkata, beliau tidak mahu sebarang rundingan mengenai kerjasama politik dilakukan secara terbuka menerusi media sosial kerana perkara itu boleh menimbulkan pelbagai persepsi.- KOSMO! ONLINE

The post Ab. Rauf masih tunggu panggilan rundingan PRN Melaka appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved