PRN Melaka: Wawasan serah agihan kerusi kepada pimpinan PN

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 10:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Melaka: Wawasan serah agihan kerusi kepada pimpinan PN

KOTA BHARU – Presiden Wawasan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyerahkan kepada pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) berhubung bilangan kerusi diperoleh parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Menurut beliau, sebagai parti anggota PN, pihaknya akur dengan sebarang keputusan yang dibuat nanti.

“Sebagai sebahagian anggota PN, kita serahkan kepada Pengerusi PN (Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar), manakala Pengerusi PN memberi mandat kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang menguruskan perbincangan berhubung pembahagian kerusi.

“Jangan ada banyak suara. Apa yang diputuskan nanti kita terima. Berapa bilangan kerusi yang kita dapat, tunggu pengumuman Setiausaha Agung PN,” katanya pada sidang media di sini  hari ini.

Semalam media melaporkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah memuktamad rundingan dengan PAS pada PRN Melaka.

Ujarnya, menerusi rundingan itu, BN mengesahkan akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PAS dan parti gabungan lain pula, tujuh kerusi.

Mengulas mengenai logo pada PRN Melaka, Hamzah berkata, pihaknya mempertimbang untuk menggunakan lambang PN.

“Kalau boleh kita mahu guna lambang PN. Sebab itu bila kita dapat surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), kita terus bawa isu ini ke mahkamah.

“Ini menunjukkan kita yakin PN lambang kepada kita semua sebagai parti anggota dalam PN.

“Namun ia masih dalam perbincangan bagi memastikan mana yang terbaik,” kata

The post PRN Melaka: Wawasan serah agihan kerusi kepada pimpinan PN appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved