
PETALING JAYA – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook masih ketinggalan dalam saingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berdasarkan keputusan tidak rasmi.
Calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon (John) mendahului dengan 3,895 undi berbanding Anthony yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan 2,131 undi, sekali gus mendahului dengan majoriti 1,764 undi.
Keputusan itu adalah berdasarkan kiraan undi tidak rasmi yang menunjukkan BN berada di hadapan dalam saingan merebut kerusi DUN Chennah. – KOSMO! ONLINE
The post PRN N. Sembilan: Anthony Loke masih ketinggalan di Chennah appeared first on Kosmo Digital.


![[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Amanah gagal pertahan Klawang, pulang tangan kosong](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602506.webp)
![[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Kejayaan sulung parti Hamzah, Wawasan menang tiga kerusi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602477.webp)


