
PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih gagal mendahului mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 8.35 malam ini.
Bersatu yang bertanding secara solo di 24 kerusi turut dilihat gagal mempertahankan dua kerusi yang dimenanginya pada PRN 2023 iaitu Gemas dan Labu.
Di Gemas, Azman Abdullah hanya memperoleh 650 undi jauh ketinggalan berbanding Ridzuan Ahmad dari Perikatan Nasional yang mendapat 10,531 undi.
Di Labu pula, calon Barisan Nasional (BN), Siti Nur Umaira Hasim mendahului dengan 8,023 undi, diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ahmed Faiz Abdul Razak yang memperoleh 5,139 undi, manakala calon Bersatu sekadar meraih 1,194 undi berdasarkan keputusan tidak rasmi. – KOSMO! ONLINE
The post PRN N. Sembilan: Bersatu masih buntu di Negeri Sembilan appeared first on Kosmo Digital.






![[TIDAK RASMI] Calon tunggal DHPP gagal ikut rentak kemenangan Pas](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602617.webp)