PRN N9: “Saya Yakin PH Mampu Melepasi 19 Kerusi DUN” – Aminuddin

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 12:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak terganggu dengan sebarang ramalan oleh penganalisis atau pihak luar berkenaan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 selain percaya bahawa PH mampu memenangi lebih 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya yakin PH mampu melepasi 19 kerusi DUN,” katanya kepada media selepas selesai mengundi di Institut Perguruan Raja Melewar di Sikamat.

‘Semua Kawasan PH Bertanding Ada Potensi Yang Baik’ – Aminuddin

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata pihaknya menaruh keyakinan terhadap keputusan PRN yang positif meskipun wujudnya pelbagai spekulasi.

Jelasnya, ramalan dan analisis yang tersebar menjelang hari pengundian tidak semestinya menggambarkan realiti sebenar di lapangan kerana ia banyak bergantung kepada andaian serta data tertentu.

“Saya sudah semak semua kawasan yang kita bertanding mempunyai potensi yang baik dan insya-Allah saya rasa jentera tak rasa ‘down’ (lemah) walaupun macam-macam spekulasi,” tambahnya.

Image from: PRN N9: “Saya Yakin PH Mampu Melepasi 19 Kerusi DUN” – Aminuddin
Foto: BK Eshvar/Hazwani

Aminuddin Harap Semua Rakyat Berdaftar Keluar Mengundi, Beri Peluang Rakyat Mengundi Secara Bebas

Sementara itu, beliau berharap agar semua pengundi berdaftar menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi kerana ia mencerminkan komitmen rakyat terhadap proses demokrasi di negeri itu.

Kata beliau, fokus utama pada waktu ini adalah memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar selain memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan mereka secara bebas.

Calon PH yang bertanding di DUN Linggi itu tiba di pusat mengundi kira-kira jam 8.30 pagi.

Untuk info, Aminuddin tidak mempertahankan kerusi DUN Sikamat yang dimenanginya pada PRN 2023 dengan majoriti 2,662, sebaliknya berpindah ke DUN Linggi.

DUN Linggi menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan dua lagi calon termasuk penyandang, Datuk Mohd Faizal Ramli serta Datuk Zamri Md Said mewakili BERSATU.

Baca Artikel Berkaitan: PRN Negeri Sembilan: “Saya Bukan Lari Dari Sikamat” – Aminuddin Dedah Kenapa Beralih Ke Linggi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved