PRN Negeri Sembilan: Aminuddin yakin PH melepasi 19 kerusi

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 9:51 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRN Negeri Sembilan: Aminuddin yakin PH melepasi 19 kerusi

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yakin Pakatan Harapan (PH) akan melepasi 19 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 berdasarkan semakan di jentera semua kerusi yang ditandingi gabungan itu.

Menurut beliau, analisis dan rumusan pilihan raya yang dibuat pelbagai pihak di saat akhir tempoh berkempen tidak menganggu keyakinan PH untuk terus mentadbir Negeri Sembilan.

“Kami mesti yakin melepasi 19 kerusi, insya-Allah saya yakin sehingga saat akhir malam tadi saya semak semua kawasan yang kita bertanding mempunyai potensi yang baik dan saya rasa jentera tidak rasa down (lemah) walaupun macam-macam spekulasi.

“Itu biasalah analisis yang dibuat hanya di atas meja dia tidak turun ke bawah, saya yakin masih melepasi 19 kerusi,” katanya Ketika ditemui selepas selesai membuang undi di Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar di sini pagi ini.

Pengerusi PH Negeri Sembilan itu dilihat beratur dan menunggu gilian di Saluran 2 Pusat Pembuangan Undi sambil beramah mesra dengan orang ramai.

DUN Sikamat menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Nor Azman, Bekas Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah (PN) dan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz (Bersatu).

Pada PRN 2023, Aminuddin berjaya mempertahankan DUN Sikamat yang disandangnya sejak 2015 dengan majoriti 2,662 undi selepas meraih 12,730 undi, mengatasi calon PN dan dua calon Bebas. – KOSMO! ONLINE

The post PRN Negeri Sembilan: Aminuddin yakin PH melepasi 19 kerusi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved