PRN Negeri Sembilan: 37.29 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari - SPR

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 1:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: 37.29 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Warga emas menunggu dengan sabar giliran untuk menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya sempena PRN Negeri Sembilan Ke-16 pada Sabtu. Foto Bernama

SEREMBAN - Sebanyak 37.29 peratus atau 320,627 daripada keseluruhan 859,760 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat 12 tengah hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 43.5 peratus, diikuti DUN Chennah (43.4 peratus) dan DUN Senaling (42.8 peratus).

DUN Lukut merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu sekitar 32.1 peratus. 

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN ke-15 ialah 35.44 peratus atau 297,024 daripada 838,200 pengundi. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved