SEREMBAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Selasa supaya memberi peluang kepada BN pada pilihan raya kali ini.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak mengeluarkan arahan mengenai parti yang perlu dipilih mereka, sebaliknya hanya memohon sokongan kepada calon-calon BN.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan arahan untuk tentera dan polis mengundi Pakatan Harapan (PH).
"Tetapi saya tidak mengeluarkan sebarang arahan. Sebagai Pengerusi BN, saya hanya memohon supaya pihak yang mengundi awal memberikan peluang kepada calon-calon BN untuk memenangi kerusi-kerusi yang ditawarkan untuk bertanding ini," katanya.
Beliau berkata demikian ditemui pemberita pada majlis Himpunan Usahawan Bumiputera Negeri Sembilan 2026 di sini pada Isnin.
Menurutnya, parti itu akan berusaha melakukan yang terbaik kepada ATM, PDRM dan keluarga mereka sekiranya diberikan mandat sebagai kerajaan negeri ini.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ
'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar
'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis
'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMK
PH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - Aminuddin
Jelasnya, pengalaman di peringkat Nasional akan diturunkan ke peringkat negeri bagi memastikan kebajikan mereka dijaga dengan baik.
"Insya-ALLAH kita akan lakukan yang terbaik untuk mereka dan keluarga mereka.
"Pengalaman di peringkat nasional akan kita turunkan di peringkat negeri dan Insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik untuk tentera dan polis,"katanya.
Sebelum ini, Anwar merayu warga ATM dan PDRM serta keluarga mereka yang terbabit dalam pengundian awal pilihan raya Negeri Sembilan supaya terus memberi kepercayaan kepada calon Pakatan harapan PH.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau yang juga Pengerusi PH berkata, setiap undi diberikan bukan sekadar menentukan hala tuju negeri, sebaliknya menjadi amanah yang perlu digalas untuk terus memperkukuh kebajikan anggota keselamatan dan keluarga mereka.






