PRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 11:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah
Anthony dicabar Ketua Pemuda MCA Negeri Sembilan, Siow Kong Choon di kerusi DUN Chennah.

JELEBU -  Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berdepan saingan satu lawan satu bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah yang disandangnya sejak 2013 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Ahli Parlimen Seremban itu dicabar Ketua Pemuda MCA Negeri Sembilan, Siow Kong Choon yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Jelebu, Abdul Rahim A Aziz mengumumkan perkara tersebut di Pusat Penamaan Calon, Dewan Besar Kuala Klawang di sini selepas proses itu tamat pada 10 pagi.

Terdahulu, Anthony yang juga Menteri Pengangkutan menyerahkan borang penamaan calon pada 9.05 pagi diikuti Siow empat minit kemudian.

Pada PRN Negeri Sembilan ke-15, Anthony yang meraih 5,888 undi menewaskan pencabarnya, Rosmadi Arif daripada Perikatan Nasional dengan majoriti 2,200 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 1 Ogos sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kali ini manakala undi awal pada 28 Julai ini. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved