PRN Negeri Sembilan: Dua lagi pusat undi awal ditutup jam 2 petang

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 2:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: Dua lagi pusat undi awal ditutup jam 2 petang
Anggota TUDM mengundi awal sempena PRN Negeri Sembilan di Pusat Pengundian Awal Dewan Angkasaraya Pangkalan Udara Sendayan, pada Selasa. Foto Bernama

SEREMBAN - Dua lagi pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 melibatkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing, ditutup jam 2 petang ini.

Ini menjadikan sebanyak 20 daripada keseluruhan 38 pusat mengundi yang dibuka pada jam 8 pagi tadi telah ditutup setakat ini.

Pusat mengundi tersebut ialah Ruang C, Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol (Dewan Undangan Negeri - DUN Bahau) dan Balai Polis Senawang (DUN Paroi).

Terdahulu, 18 pusat pengundian awal ditutup pada jam 12 tengah hari, manakala baki 18 pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini.

Berdasarkan peratusan terkini keluar mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 80.79 peratus atau 13,303 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu setakat jam 1 tengah hari.

Jumlah itu merangkumi 8,894 anggota tentera dan pasangan serta 4,409 anggota polis serta pasangan.

Pengundian awal melibatkan keseluruhan sebanyak 22,339 pemilih dengan 16,467 orang mengundi secara fizikal merangkumi 11,293 tentera dan pasangan serta 5,174 polis dan pasangan, manakala selebihnya mengundi secara pos.

PRN Negeri Sembilan pada 2023 menyaksikan peratusan keluar mengundi bagi undi awal merekodkan sebanyak 56.67 peratus atau 14,778 daripada keseluruhan 26,079 orang pengundi.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan 103 calon merebut 36 kerusi DUN dengan pengundian bagi 867,151 pemilih biasa ditetapkan pada Sabtu ini.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved