PRN Negeri Sembilan: Pejuang tidak letak calon, kekal sokong PN

LocalPolitics
16 Jul 2026 • 5:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: Pejuang tidak letak calon, kekal sokong PN
Mukhriz

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) memutuskan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026, sebaliknya kekal menyokong semua calon Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) ke-143 yang berlangsung pada Khamis.

Menurut kenyataan dikeluarkan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mesyuarat berkenaan membincangkan dua agenda utama iaitu penilaian pasca PRN Johor 2026 dan hala tuju parti bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan 2026.

Beliau berkata, mesyuarat itu sebulat suara bersetuju bahawa Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) kekal menyokong semua calon PN yang bakal dinamakan bagi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan.

"Mesyuarat juga bersetuju bahawa Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) tidak akan meletakkan mana-mana calon di PRN Negeri Sembilan 2026," katanya dalam kenyataan itu pada Khamis.

PRN Negeri Sembilan 2026 membabitkan pertandingan di 36 kerusi DUN.

Bagaimanapun, kenyataan Pejuang hanya merujuk kepada sokongan parti itu terhadap calon PN yang akan dinamakan bagi 11 kerusi DUN, selain membantu gerak kerja kempen gabungan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Linggi bukan kerusi selamat, itu kubu kuat BN' - Aminuddin

DAP anggap Aminuddin panglima perang, pilih sebagai 'poster boy' PH

Jangan jadikan krisis institusi Diraja sebagai bahan kempen - PM

PRN Negeri Sembilan: Aminuddin tinggalkan Sikamat, bakal bertanding di Linggi

Setakat ini, senarai penuh calon PN yang akan bertanding di semua 36 kerusi DUN Negeri Sembilan masih belum diumumkan secara rasmi.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai, manakala pengundian berlangsung pada 1 Ogos.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved