PRN Negeri Sembilan: Trafik perlahan di beberapa jalan utama, orang ramai pulang mengundi

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 2:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Negeri Sembilan: Trafik perlahan di beberapa jalan utama, orang ramai pulang mengundi
Aliran trafik di sekitar bandar Seremban menuju arah selatan kelihatan sesak pada Hari Pengundian PRN Negeri Sembilan, Sabtu. Foto Bernama

SEREMBAN - Aliran trafik di beberapa jalan utama sekitar Seremban serta laluan menghubungkan daerah seperti Bukit Putus, Kuala Pilah dan Kuala Klawang, Jelebu dilaporkan terus meningkat sejak awal pagi ini.

Keadaan itu susulan kepulangan perantau ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, hari ini.

Berdasarkan semakan aliran trafik masa nyata menerusi aplikasi Google Maps, Waze dan Apple Maps mendapati trafik bergerak perlahan (kod merah) di beberapa lokasi terutama di Jalan Seremban-Kuala Pilah melalui Bukit Putus, Jalan Seremban-Tampin selain laluan menuju ke Kuala Klawang, Jelebu.

Selain itu, hujan di beberapa kawasan di daerah ini pada tengah hari tadi turut menyumbang kepada situasi berkenaan.

Di pusat bandar Seremban, tinjauan Bernama mendapati pertambahan kenderaan jelas kelihatan di beberapa jalan utama dengan orang ramai dipercayai menuju ke pusat pengundian yang kebanyakannya terletak berdekatan jalan utama.

Bagi kawasan kampung, suasana yang lazimnya tenang pada hujung minggu turut berubah apabila deretan kenderaan memenuhi jalan-jalan kecil, manakala kedai makan dan gerai sarapan turut menerima tempias dengan kehadiran pelanggan yang lebih ramai daripada biasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintenden Roslan Mohamed@Ab Aziz ketika dihubungi berkata, keadaan trafik terkawal setakat 2 petang ini walaupun terdapat pertambahan kenderaan.

"Terdapat sedikit kelewatan di plaza tol disebabkan peningkatan jumlah kenderaan yang memasuki Negeri Sembilan, namun anggota trafik ditempatkan di lokasi tumpuan bagi membantu melancarkan aliran trafik dan menguruskan pergerakan kenderaan," katanya.

Beliau berkata, polis menjangkakan jumlah kenderaan akan terus meningkat menjelang

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved