PRN NS: Dr. Sapora orang pertama mengundi di DUN Sikamat

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 8:59 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN NS: Dr. Sapora orang pertama mengundi di DUN Sikamat

SEREMBAN: Dekan Kulliyah Kaunseling, Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Prof. Datin Dr. Sapora Sipon menjadi individu pertama yang mendaftar di pusat mengundi di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar di Sikamat, di sini.

Katanya, beliau tiba seawal pukul 7.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan ramai di pusat mengundi berkenaan.

“Alhamdulillah, saya tiba seawal pagi hendak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Saya tinggal di kawasan Sikamat dan memang mengundi di kawasan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sapora berkata, beliau datang berseorangan bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi.

DUN Sikamat menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Setiausaha Politik Menteri Besar, Norazman Mohamad, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Razali Abu Samah dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zamri Md Said.

Hari ini bakal menjadi detik penentu kepada 103 orang calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan apabila 889,490 pengundi membuat pilihan parti manakah yang akan menerajui pentadbiran negeri untuk lima tahun akan datang.

Sebanyak 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi rebutan 103 calon daripada parti-parti politik utama termasuk Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Bersatu dan calon Bebas. – UTUSAN

The post PRN NS: Dr. Sapora orang pertama mengundi di DUN Sikamat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved