PRN NS: Tok Min selesai mengundi

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 9:19 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN NS: Tok Min selesai mengundi

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Institut Perguruan Raja Melewar di Sikamat, di sini, pagi ini.

Aminuddin yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi tiba di pusat mengundi sekitar 8.33 pagi sebelum beratur bersama pengundi lain.

Beliau juga sanggup duduk menunggu giliran membuang undi dan tidak mahu diberikan layanan istimewa dan selesai mengundi pada pukul 9 pagi.

Bercakap kepada pemberita selepas mengundi, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu bersyukur proses pengundian berjalan lancar dengan cuaca baik serta suasana tenang di pusat mengundi.

Sebelum meninggalkan pusat mengundi, beliau turut meluangkan masa bergambar bersama beberapa pengundi yang menghampirinya.

Pengerusi PKR Negeri Sembilan itu tiba berpakaian baju berwarna merah diiringi Setiausaha Politiknya, Norazman Mohamad.

Pada PRN kali ini, Aminuddin tidak mempertahankan kerusi DUN Sikamat yang dimenanginya pada PRN 2023 dengan majoriti 2,662, sebaliknya berpindah ke kubu kuat BN di DUN Linggi.

DUN Linggi menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Aminuddin dan calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang, Datuk Mohd Faizal Ramli serta calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zamri Md Said. – UTUSAN

The post PRN NS: Tok Min selesai mengundi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved