PRN Sabah 29 November ini

LocalPolitics
16 Oct 2025 • 4:25 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 manakala penamaan calon pula pada 15 November.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh tarikh pengundian awal pula adalah pada 25 November.

“Sebanyak 1,784,843 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab masing-masing (pada PRN Sabah ke-17),” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi PRN Sabah ke-17 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu, hari ini. 

Terdahulu, pada 6 Oktober, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberikan laluan kepada PRN Sabah ke-17.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan, manakala enam lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.

SPR menerima makluman rasmi berhubung pembubaran itu daripada Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya, juga pada 6 Oktober, sehari selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN. - 16 Oktober, 2025

The post PRN Sabah 29 November ini appeared first on Scoop.