PRN Sabah: Penamaan calon 15 November, hari mengundi 29 November

LocalPolitics
16 Oct 2025 • 6:23 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah pada 15 November, manakala pengundian awal pada 25 November dan hari mengundi biasa pada 29 November depan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata writ pilihan raya bagi PRN Sabah telah dikeluarkan hari ini, menandakan permulaan rasmi kepada proses pilihan raya negeri berkenaan.

“Mesyuarat khas SPR yang bermula jam 10 pagi tadi diadakan khusus bagi membincangkan persiapan dan menetapkan tarikh-tarikh penting susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah pada 6 Oktober lalu,” katanya dalam sidang akhbar sebentar tadi.

Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan kali ini, melibatkan 25 kawasan Parlimen di seluruh Sabah.

PRN17 dijangka menjadi tumpuan utama politik tanah air susulan dinamik semasa antara parti-parti utama yang bakal menguji kekuatan pengaruh masing-masing menjelang pengundian hujung bulan depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved