PRN Sarawak: GPS bertanding di semua 82 kerusi

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 5:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Sarawak: GPS bertanding di semua 82 kerusi

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama dengan presiden parti-parti komponen gabungan itu hari ini.

“Tarikh (PRN Sarawak) belum kita ketahui kerana akan diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi di pihak GPS, kita sudah bersedia,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di sini hari ini.

Beliau berkata, GPS sedang menunggu keputusan SPR mengenai tarikh pilihan raya sebelum menentukan langkah seterusnya.

Mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen GPS, Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci berdasarkan kerusi dimenangi masing-masing ketika ini.

DUN Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada PRN13.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 November depan bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan PRN itu.

Pada PRN Sarawak tahun 2021, GPS mendapat mandat selepas memenangi 76 daripada 82 kerusi dipertandingkan, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan DAP dua.

Bagaimanapun, dinamik politik negeri menyaksikan perubahan selepas PSB dibubarkan pada 2024, yang membawa kepada penyertaan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu ke dalam Parti Demokratik Progresif (PDP) iaitu satu daripada komponen GPS.

Sementara itu, seorang lagi bekas ADUN PSB See Chee How yang mewakili Batu Lintang, keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.-UTUSAN

The post PRN Sarawak: GPS bertanding di semua 82 kerusi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved