
KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, gerak kerja Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diselaraskan dengan tumpuan kepada usaha mempertahankan 21 kerusi yang ditandingi BN.
“Semua orang mestilah menumpukan tumpuan pada 21 kawasan yang kita pertandingkan, termasuk ‘bapa angkat’ yang dilantik untuk bersama-sama membantu jentera BN di Melaka.
“Setiap undi amat penting kepada kita bagi mempertahankan 21 kawasan yang kita pertandingkan,” katanya selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam ini.
BN akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk dua kerusi MCA dan satu kerusi MIC, manakala Perikatan Nasional akan bertanding di tujuh kerusi.
Pada PRN Melaka, penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober, diikuti pengundian awal pada 10 November dan hari mengundi pada 14 November. – KOSMO! ONLINE
The post BN tumpu pertahan 21 kerusi di Melaka appeared first on Kosmo Online.






