Pro-Net Anjur Syawal Ikonik 2025 Bersama Proton e.MAS 7, Santuni 40 Anak Madrasah

28 Mar 2025 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sempena ketibaan Aidilfitri, anak syarikat kenderaan tenaga baharu PROTON, PRO-NET, tidak melepaskan peluang untuk menyantuni anak-anak Madrasah dari USJ, Subang Jaya, baru-baru ini.

Untuk itu, PRO-NET menganjurkan konvoi Syawal Ikonik bersama Proton e.MAS 7 dengan membawa seramai 40 orang anak-anak Madrasah Quran Yaakubiyah untuk membeli-belah baju raya di Jakel Mall Shah Alam.

Setiap daripada mereka menerima satu set lengkap baju raya bersama sampin dan songkok untuk menyambut Aidilfitri.

image is not available

Kira-kira 10 unit Proton e.MAS 7 yang digunakan untuk membawa anak Madrasah itu kemudian ke PROTON COE, untuk berbuka puasa. Majlis itu kemudian diakhiri dengan pemberian duit raya.

image is not available

Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Salawati Mohd Yusoff berkata, Syawal Ikonik bukan hanya sekadar memberi, malah ia tentang berkumpul bersama dan membina hubungan bersama mereka.

“Di PRO-NET, kami percaya kemajuan bukan hanya diukur melalui teknologi, tetapi melalui impak yang kami cipta dalam komuniti.

“Berkongsi detik ini bersama anak-anak Madrasatul Quran Yaakubiyah adalah sesuatu yang amat istimewa di bulan Ramadan dan kami bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada sambutan Raya mereka,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved