PM Anwar Ucap Tahniah Kuik Cheng Chwee Tersenarai Dalam Kelompok Dua Peratus Saintis Teratas Dunia

21 Oct 2026 • 9:22 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PM Anwar Ucap Tahniah Kuik Cheng Chwee Tersenarai Dalam Kelompok Dua Peratus Saintis Teratas Dunia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Profesor Dr Kuik Cheng Chwee dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas kejayaan tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pengiktirafan itu mencerminkan kecemerlangan serta sumbangan besar ahli akademik berkenaan dalam bidang ilmu.

Beliau turut menyifatkan pencapaian itu sebagai satu kejayaan yang mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Tahniah dan syabas kepada Profesor Dr Kuik Cheng Chwee, Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), UKM atas kejayaan tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan dan sumbangan beliau dalam bidang ilmu, malah turut mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berharap kejayaan berkenaan dapat terus menyemarakkan budaya ilmu, selain memperkukuh tradisi penyelidikan dan menjadi inspirasi kepada generasi ilmuwan untuk menyumbang kepada kemajuan negara.

“Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan budaya ilmu, memperkukuh tradisi penyelidikan dan menjadi inspirasi kepada generasi ilmuwan untuk menyumbang kepada kemajuan negara,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved