
Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee, mencipta pencapaian membanggakan apabila tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengiktirafan tersebut bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan dan sumbangan beliau dalam bidang ilmu, malah turut mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Fadhlina Bangga Persembahan ‘Human Graphic’ 1,500 Murid Meriahkan Hari Kebangsaan
Hebat, Anggota Paskal Muncul Penuntut Terbaik Keseluruhan Kursus Sniper Di China
Anwar turut menzahirkan ucapan tahniah kepada ahli akademik berkenaan atas kejayaan yang diraih.
"Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan budaya ilmu, memperkukuh tradisi penyelidikan dan menjadi inspirasi kepada generasi ilmuwan untuk menyumbang kepada kemajuan negara," katanya.






