Program eHati Kontroversi: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Sedia Bantu Peserta Dengan Kaunseling

LocalFamily & Parenting
25 Aug 2025 • 6:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan kontroversi program motivasi rumah tangga eHati yang diperkatakan ada menyelitkan unsur seksual dan ritual bercanggah dengan akidah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil inisiatif cekap untuk sedia membantu dengan memberikan sesi kaunseling kepada yang terlibat.

image is not available

Memetik laporan Buletin TV3, Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad berkata, kementerian mempunyai kaunselor daripada JKM, JPW dan YKN yang boleh digerakkan untuk memberi khidmat kaunseling sekiranya ada laporan rasmi diterima.

“Setakat ini saya belum terima laporan terperinci, cuma maklum isu ini hangat di media sosial. Jika laporan masuk, kita akan gerakkan kaunselor berjumpa dengan mereka,” – Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terdahulu, program eHati telah didakwa dihadiri kira-kira 50 wanita sebelum mencetuskan kontroversi kerana kandungan sesi yang dianggap tidak wajar. Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memanggil pasangan penganjur terbabit untuk siasatan segera.

image is not available 2025-07-25 09:25:19

(TERKINI) JAIS Tahan 6 Individu, Siasat 320 Saksi Program eHati

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved