Peminat Jadi ‘Hyper’ Dapat Jumpa Meerqeen Depan Mata – “Ya Allah, Handsomenya Ciptaan Tuhan”

LocalEntertainment
24 Aug 2025 • 4:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Video dikongsi seorang wanita ketika dia berjumpa dengan aktor Meerqeen mencuri perhatian selepas ramai terhibur dengan gelagatnya.

Menerusi hantaran di TikTok, wanita itu telah berkongsi detik ketika bertemu pelakon berkenaan di sebuah program di Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

Meerqeen yang memakai kemeja putih itu juga dilihat sporting melayani peminat-peminatnya namun jeritan wanita yang merakamkan video tersebut lebih mencuri perhatian dan menghiburkan.

Wanita berkenaan tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila dapat bertemu aktor pujaannya itu dan akui sengaja jadi ‘hyper’ untuk berseronok.

Menjengah ruangan komen, rata-rata akui terhibur dengan gelagar wanita berkenaan yang teruja dan menjerit ketika bertemu Meerqeen.

Dalam pada itu, ramai turut memuji ketampanan aktor berusia 24 tahun tersebut yang kini popular dengan drama terbaru lakonannya yang sedang ditayangkan, Thariq Ridzuwan: His Treasure.

image is not available image is not available

image is not available 2025-07-15 09:49:07

Tular Video Mesra Meerqeen Dan Qasrina? Tuan Badan Tampil Beri Respon

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved