
SEMPORNA: Program Outreach Santuni Wanita anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) telah menjangkau kira-kira 3,384 orang di 38 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat ini, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib.
Katanya, tujuan utama program itu diadakan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan khas oleh jabatan kerajaan seperti Jhewa dan agensi lain.
“Program ini adalah kesinambungan daripada inisiatif perdana atau baharu projek berimpak tinggi dalam Sektor Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat selaras dengan hala tuju KPMKR bagi tahun 2021 hingga 2025 di bawah rancangan Sabah Maju Jaya (SMJ).
“Sejak November 2021, program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik ini menjadi platform penyampaian perkhidmatan dan perkongsian ilmu yang sangat berkesan dalam usaha Jhewa memperkasakan masyarakat khususnya wanita di negeri Sabah.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Pemerkasaan ini merujuk kepada usaha memperkasakan wanita dari segi ekonomi, sosial, politik dan budaya supaya mereka mempunyai peluang yang lebih besar untuk mencapai potensi sepenuhnya dan memainkan peranan aktif dalam masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Outreach Santuni Wanita “Membuat Perkhidmatan Ke Arah Kesejahteraan Wanita” Dun N64 Sulabayan, N65 Senallang Dan N66 Bugaya Semporna yang diadakan di Dewan Fook Siew di sini, Ahad lepas.
Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur yang terdiri daripada Jhewa, Pejabat Daerah Semporna dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dun Sulabayan, Senallang dan Bugaya.
“Tahniah dan syabas kepada penganjur dan urusetia kerana dapat mengumpulkan hampir 300 peserta terdiri daripada penjawat awam, pemimpin akar umbi, wanita, persatuan NGO dan masyarakat khususnya di Semporna.
“Penyertaan yang tinggi ini membuktikan masyarakat di sini adalah masyarakat yang mementingkan ilmu baik dari aspek sosial, undang-undang keluarga dan juga penjagaan diri.
“Saya berasa berbesar hati atas inisiatif Jhewa yang telah bertungkus-lumus dan berharap para hadirin mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan segala input dan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi pameran terbabit,” katanya.
Sementara itu, James berkata, masalah keganasan rumah tangga merupakan masalah serius yang melibatkan tingkah laku fizikal, emosi, atau seksual yang memudaratkan masyarakat.
“Bukan sahaja di Sabah, malah keganasan rumah tangga di seluruh dunia boleh menjejaskan individu daripada pelbagai latar belakang sosial, ekonomi dan budaya.
“Di Sabah, seperti di tempat lain, pihak berkuasa dan masyarakat telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah ini termasuk menganjurkan program kesedaran seperti hari ini.
“Penganjuran program Outreach santuni wanita dijangka menurunkan data laporan kes D11, Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM Sabah yang merekodkan 31 laporan kes di daerah Semporna bagi tahun 2022,” katanya.
Tambahnya, program kali ini turut memaparkan isu kritikal yang perlu diberi perhatian termasuk penyalahgunaan dadah dan pengurusan harta keluarga dari sudut perundangan.
“Saya percaya semua hadirin telah mempelajari sesuatu pada hari ini dan diharap dapat dikongsi bersama keluarga, sahabat handai dan kenalan apabila pulang ke rumah atau pejabat masing-masing,” jelasnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
