Program Khas Obesiti KKM (MIMO) – Senarai Klinik & Cara Sertai

LocalHealth & Fitness
13 Nov 2026 • 8:38 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Masalah berat badan berlebihan dan obesiti bukan sekadar isu penampilan, malah ia merupakan punca utama kepada pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, dan sakit jantung.

Bagi membantu rakyat Malaysia menurunkan berat badan secara sihat dan selamat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan Program Khas Obesiti KKM yang dikenali secara rasmi sebagai MIMO (Multidisciplinary Integrated Management of Obesity).

Jom rujuk apa sebenarnya program MIMO ini dan pelaksanaannya di bawah.

Apa Itu Program Khas Obesiti KKM (MIMO)?

Program Khas Obesiti KKM atau juga dikenai sebagai MIMO adalah program pengurusan berat badan secara bersepadu anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Program ini dilaksanakan di 33 Klinik Kesihatan terpilih di seluruh negara dengan sokongan pasukan pakar di 13 buah hospital.

Inisiatif MIMO dijalankan Cawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCDC) yang memberi penekanan kepada pengurusan pesakit secara holistik membabitkan pelbagai disiplin kesihatan termasuk intervensi klinikal, pemakanan, aktiviti fizikal serta sokongan perubahan tingkah laku.

Pendekatan ini menekankan pengurusan pesakit secara holistik merangkumi intervensi klinikal, pemakanan, aktiviti fizikal serta sokongan perubahan tingkah laku, memandangkan obesiti adalah antara faktor risiko utama bagi pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular.

Program Khas Obesiti KKM (MIMO) - Senarai Klinik & Cara Sertai
Sumber: Kementerian Kesihatan
Program Khas Obesiti KKM (MIMO) - Senarai Klinik & Cara Sertai
Sumber: Kementerian Kesihatan

Komponen Utama & Pendekatan Program MIMO

Peserta yang menyertai program ini akan dipantau oleh pasukan kesihatan pelbagai disiplin (multidisciplinary team) yang merangkumi doktor perubatan, pegawai pemakanan, pakar dietetik, pegawai fisioterapi, dan kaunselor.

Antara komponen yang ditawarkan termasuk:

1. Pemeriksaan Kesihatan

Peserta akan menjalani pemeriksaan seperti berat badan, ketinggian, BMI dan tekanan darah bagi mengenal pasti tahap kesihatan serta risiko obesiti.

2. Nasihat Pemakanan

Peserta akan dibimbing oleh pegawai pemakanan atau pakar dietetik tentang kawalan kalori, saiz hidangan dan pemilihan makanan yang lebih sihat.

3. Bimbingan Aktiviti Fizikal

Peserta akan diberikan panduan senaman dan aktiviti fizikal mengikut kemampuan tubuh supaya dapat memulakan rutin secara berperingkat.

4. Sokongan Perubahan Tingkah Laku

Peserta turut mendapat bimbingan untuk membina tabiat sihat, mengawal pemakanan dan mengekalkan motivasi agar penurunan berat badan lebih konsisten.

    Cara Daftar Program Khas Obesiti KKM

    Memandangkan perkhidmatan MIMO hanya ditawarkan di klinik kesihatan terpilih dan setiap fasiliti mempunyai kuota pengambilan tersendiri, orang ramai tidak digalakkan hadir secara terus (walk-in) tanpa pengesahan awal.

    Untuk menyertai program MIMO, berikut ialah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

    1. Pilih klinik: Semak 33 Klinik Kesihatan yang menawarkan program MIMO.

    2. Hubungi klinik: Tanya jadual, syarat dan cara pendaftaran.

    3. Hadir pemeriksaan: Jalani pemeriksaan awal seperti BMI, berat badan dan tekanan darah.

    4. Penilaian doktor: Doktor akan tentukan kelayakan menyertai program.

    5. Mulakan program: Ikuti sesi bimbingan dan pemantauan yang ditetapkan.

    Senarai Klinik Kesihatan yang Menawarkan MIMO

    Berikut ialah senarai 33 Klinik Kesihatan yang menawarkan Program MIMO KKM:

    NegeriDaerah / PKDKlinik Kesihatan
    KedahKota SetarKlinik Kesihatan Bandar Alor Setar
    KedahSungai PetaniKlinik Kesihatan Bandar Sungai Petani
    Pulau PinangTimur LautKlinik Kesihatan Jalan Angsana
    Pulau PinangSeberang Perai TengahKlinik Kesihatan Bandar Perda
    SelangorPetalingKlinik Kesihatan Kelana Jaya
    SelangorGombakKlinik Kesihatan Rawang
    SelangorKlangKlinik Kesihatan Bandar Botanik
    SelangorHulu LangatKlinik Kesihatan Bandar Seri Putra
    WP Kuala Lumpur & PutrajayaPutrajayaKlinik Kesihatan Presint 18
    WP Kuala Lumpur & PutrajayaTitiwangsaKlinik Kesihatan Kuala Lumpur
    MelakaJasinKlinik Kesihatan Jasin
    MelakaMelaka TengahKlinik Kesihatan Batu Berendam
    MelakaAlor GajahKlinik Kesihatan Masjid Tanah
    PahangTemerlohKlinik Kesihatan Bandar Mentakab
    PahangKuantanKlinik Kesihatan Bandar Kuantan
    PahangPekanKlinik Kesihatan Bandar Pekan
    TerengganuKuala NerusKlinik Kesihatan Seberang Takir
    TerengganuKuala TerengganuKlinik Kesihatan Manir
    KelantanKota BharuKlinik Kesihatan Pengkalan Chepa
    KelantanTumpatKlinik Kesihatan Bandar Tumpat
    SabahPutatanKlinik Kesihatan Putatan
    SabahKota KinabaluKlinik Kesihatan Luyang
    SabahPenampangKlinik Kesihatan Penampang
    SarawakSamarahanKlinik Kesihatan Kota Samarahan
    SarawakMiriKlinik Kesihatan Tudan
    SarawakKuchingKlinik Kesihatan Petra Jaya
    JohorJohor BahruKlinik Kesihatan Sultan Ismail
    JohorJohor BahruKlinik Kesihatan Tampoi
    JohorKluangKlinik Kesihatan Mengkibol
    PerakKintaKlinik Kesihatan Buntong
    PerlisArauKlinik Kesihatan Arau
    Negeri SembilanSerembanKlinik Kesihatan Seremban 2
    WP LabuanLabuanKlinik Kesihatan Labuan
    Program Khas Obesiti KKM (MIMO) - Senarai Klinik & Cara Sertai

    Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Program Khas Obesiti KKM (MIMO)

    Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Program Khas Obesiti KKM (MIMO), anda boleh terus hubungi Klinik Kesihatan yang tersenarai di atas.

    Berapakah bayaran untuk menyertai Program MIMO KKM?

    Program ini adalah perkhidmatan kesihatan awam bersubsidi di bawah KKM. Bagi warganegara Malaysia, caj pendaftaran rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan hanyalah RM1.00 (kecuali jika terdapat ujian makmal khas atau rujukan pakar di hospital yang tertakluk kepada kadar caj semasa KKM).

    Bolehkah saya terus hadir (walk-in) ke salah satu daripada 33 Klinik Kesihatan tersebut?

    Anda tidak digalakkan hadir secara walk-in tanpa pengesahan awal. Setiap klinik mempunyai jadual hari klinik obesiti yang khusus dan kuota peserta yang terhad. Hubungi klinik tersebut terlebih dahulu atau buat temu janji saringan menerusi aplikasi MySejahtera.

    Bagaimana jika daerah tempat tinggal saya tiada dalam senarai 33 Klinik Kesihatan MIMO?

    Anda masih boleh mendapatkan rawatan pengurusan berat badan di mana-mana Klinik Kesihatan biasa. Klinik kesihatan primer tetap menyediakan khidmat nasihat pemakanan dan saringan kesihatan, malah doktor boleh merujuk kes anda ke klinik MIMO atau hospital terdekat jika perlu.

    Berapa lamakah tempoh program ini dijalankan?

    Tempoh pemantauan biasanya mengambil masa antara 6 bulan hingga 1 tahun dengan sesi susulan berkala (lazimnya sebulan sekali).

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved